BOSS SMK JENGKA 16


BILIK OPERASI SKIM PINJAMAN BUKU TEKS
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA 16

 
Kembali ke Laman Utama
Sejarah BOSS
BOSS SMKJ16 telah beroperasi sejak Sekolah Menengah Jengka 16 dibuka. Pada asasnya BOSS SMKJ16 berfungsi untuk menguruskan Skim Bantuan Buku Teks kepada Para Pelajar.
Terkini !
Mesyuarat BOSS akan diadakan pada setiap hari Isnin di Bilik BOSS selepas perhimpunan rasmi.
Organisasi BOSS
Section Under Construction

Album BOSS
Memaparkan gambar-gambar berkaitan Sejarah BOSS, Aktiviti BOSS dan Lain-lain. Sila klik pilihan anda.
Info BOSS
.: Laman WEB BOSS Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 16 :.
Rabu, Januari 01, 2020
Laman web BOSS Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 16 telah dibangunkan sejak Januari 2008. Laman web ini boleh dilayari di www.bosssmkj16.blogspot.com. Melalui laman web BOSS Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 16, para guru dan pelajar dapat mengakses segala maklumat dan informasi berkaitan BOSS Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 16 dengan mudah. Sebarang maklumat, pertanyaan dan cadangan boleh disalurkan kepada webmaster melalui telefon atau e-mail. Penambahbaikan laman web ini sedang dijalankan dari semasa ke semasa. Terima kasih.



Paparan Laman Utama BOSS Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 16


posted by BOSS SMKJ16 @ Rabu, Januari 01, 2020   0 comments
Buku-buku Rujukan Skim Pinjaman Buku Teks Sekolah
Isnin, April 14, 2008
Buku-buku rujukan Skim Pinjaman Buku Teks Sekolah





Label:

posted by BOSS SMKJ16 @ Isnin, April 14, 2008   0 comments
Tanggungjawab Ibu Bapa dan Murid
Ahad, Mac 23, 2008

Tugas dan Tanggungjawab Ibu Bapa atau Penjaga


Ibu bapa atau penjaga murid perlu memainkan peranan dalam perlaksanaan dan pengurusan SPBT sekolah demi menghargai bantuan yang diberikan oleh kerajaan. Ibu bapa atau penjaga seharusnya memupuk rasa sayang akan buku teks di kalangan anak mereka. Mereka seharusnya menjamin keselamatan buku berkenaan.

Oleh itu, ibu bapa atau penjaga mempunyai tugas atau tanggungjawab seperti berikut:

i) memberi maklumat yang tepat dan benar dalam pengisian Borang Kelayakan Murid (Borang SPBT 1).

ii) Memupuk sikap sayang akan buku teks SPBT kepada anak/tanggungan mereka.

iii) Memastikan buku teks yang diupinjam oleh anak/tanggungan mereka dikembalikan pada masa yang ditetapkan.

iv) Menggantikan buku teks yang dihilangkan atau dirosakkan oleh anak/tanggungan mereka.

v) Memastikan anak/tanggungan ibu bapa atau penjaga membawa buku teks mengikut jadual yang ditetapkan oleh sekolah.

Tugas dan Tanggungjawab Murid

Dalam pelaksanaan SPBT di sekolah, kesedaran di kalangan murid dalam menghargai bantuan yang diberikan kepada mereka adalah amat penting. Mereka seharusnya dipupuk dengan rasa kesedaran atas sumbangan yang disediakan oleh kerajaan dalam pendidikan mereka. Oleh itu, murid perlu memainkan peranan mereka dengan tugas dan tanggungjawab seperti yang berikut:


i) Murid sebagai pengguna buku teks hendaklah menghargai sumbangan kerajaan

ii) Murid hendaklah mempunyai sikap tanggungjawab dan sayang akan buku teks dengan cara:

· Mebalut buku teks.

· Menjaga kebersihan dan keselamatan buku teks.

· Mengembalikan buku teks yang dipinjam pada masa yang ditetapkan.

iii) Murid hendaklah mengisi maklumat diri yang lengkap sebagai peminjam di ruang yang disediakan Cap SPBT.

posted by BOSS SMKJ16 @ Ahad, Mac 23, 2008   0 comments
Contoh Bilik Operasi SPBT
Isnin, Februari 11, 2008

Contoh Bilik Operasi SPBT (BOSS)


(Sila klik setiap imej untuk permbesaran skala)

posted by BOSS SMKJ16 @ Isnin, Februari 11, 2008   0 comments
Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku Teks Sekolah
Sabtu, Januari 05, 2008

Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku Teks Sekolah

Bagi menjamin penjagaan dan keselamatan buku teks SPBT, sekolah perlulah menguruskan Bilik Operasi SPBT Sekolah dengan efisien. Bilik Operasi SPBT Sekolah diwujudkan dengan konsep bilik ini hanya digunakan sebagai tempat untuk menguruskan SPBT sekolah. Sekolah perlu mengadakan satu sistem pengurusan Bilik Operasi SPBT Sekolah yang sistematik.

Keperluan minimum untuk sebuah Bilik Operasi SPBT di sekolah ialah :

a) Keluasan : 10 kaki x 24 kaki

b) Perabot : Rak buku 6 buah

: Meja 1 buah

: Kerusi 2 buah

: Kipas angin siling 1 buah

: Papan kenyataan 1 buah

: Lampu kalimantang 2 buah

: Kabinet 1 buah

: Alat pemadam api 1 buah

: Troli 1 buah

: Tangga kecil/bangku 1 buah

c) Lokasi : Bilik operasi SPBT. Sewajarnya berada di aras bawah kecuali bagi sekolah yang terletak di kawasan rendah/banjir

: Bilik ini juga mempunyai kemudahan untuk laluan kenderaan

menghantar atau mengangkut buku.

: Bilik ini juga sepatutnya tidak terletak di tempat yang terlindung di mana

kadar kelembapan yang tinggi. Keadaan ini menyebabkan buku cepat

rosak/berkulat.

d) Papan tanda arah juga wajar diadakan bagi memudahkan urusan yang berkaitan dengan SPBT.
posted by BOSS SMKJ16 @ Sabtu, Januari 05, 2008   0 comments
Guru BOSS

Nama : Encik Mohamad Zulkipli bin Tubo
Telefon: 09-4663789
E-Mail : bosssmkj16@yahoo.com
Lihat Profil Lengkap
Pos Terkini
Arkib
Pautan




Powered by

BLOGGER


|Pos Terdahulu| Laman Utama|
© 2008 BOSS SMKJ16 by WEBMASTER